Harga Buku : RM 19.90
4. HANYA KAU YANG TAHU(Kamsiah Abu)
Sinopsis
Demi kasih sayang seorang anak pada ayahnya, Farah rela berpura-pura menjadi kekasih terbaharu Daniel Harith agar ayahnya tidak dipenjarakan oleh majikannya itu.
Harga Buku : RM 19.90
5. SEANDAINYA KAU ADA (Kamsiah Abu)
Sinopsis
Apabila yang diimpikan dan diharapkan tidak menjadi kenyataan walaupun ianya sudah berada di depan mata, Nur Syahirah jadi bagaikan layang-layang putus tali. Nur Syahirah berkelana ke negara yang amat asing baginya kerana membawa hati yang duka lara. Berbekalkan kecekalan hati dan kekuatan semangat yang masih bersisa, Nur Syahirah cuba membina hidup baru di perantauan. Di dalam kehidupan global tanpa sempadan itu, Nur Syahirah bertemu dengan Isaac. Perkenalan di alam cyber telah menjadi realiti kehidupan di alam nyata apabila Isaac menjejaki Nur Syahirah di negara yang berlainan benua itu. Cinta yang luhur membawa Isaac mencari Nur Syahirah, gadis yang dipujanya walaupun belum pernah bertentang mata. Bagaimanapun, Nur Syahirah jadi keliru apabila Iskandar, tiba-tiba muncul antara dia dan Isaac. Amat payah untuk Nur Syahirah menerima cinta Iskandar ataupun Isaac kerana kisah pilu dahulu sentiada membelenggu hidupnya.
Akhirnya, Nur Syahirah mengahwini Iskandar. Namun, kebahagiaan Nur Syahirah disamping suami tercinta diduga lagi. Fazlur, lelaki yang pernah mengecewakannya kembali menagih perhatian Nur Syahirah. Walaupun telah berkahwin dengan wanita pilihannya, Fazlur masih mengharapkan kehadiran Nur Syahirah semula. Nur Syahirah yang merasakan bahawa Fazlur perlu mendapat sokongan dan perhatiannya, telah menyebabkan Iskandar berada dalam keadaan serba salah. Apakah reaksi Iskandar terhadap isterinya itu?
Harga Buku : RM 19.90
6. BIARKAN IA PERGI (Liza Nur)
Sinopsis
Cinta hanya kiasan sajak. Cinta hanya pelaris filem. Cinta hanya cerita dongeng dalam novel. Cinta adalah kebodohan manusia yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa ia sebenarnya tidak wujud. Hakikatnya, cinta hanyalah kekeliruan dalam pemikiran manusia, ketakutan untuk hidup sendiri ataupun rembesan hormon tubuh yang melahirkan daya tarikan sementara. - Zaquan Zachery
Harga Buku : RM 19.90
7. CINTA KAU DAN AKU (Siti Rosmizah)
Sinopsis
"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatandriver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?
Harga Buku : RM 19.90 (sedang disewa)
8. SINAR KASIH (Zihasra Aziz)
Sinopsis
Lili Zafira membina hidup baru sebagai model terkenal bernama Fira setelah melarikan diri dari perkahwinan yang tidak bahagia.
Harga Buku : RM 17.00
9. KAU MAWARKU (Shahriah Abdullah)
Sinopsis
Najla dipaksa kahwin dengan Herman, sedangkan cintanya untuk Khairy.
Harga Buku : RM 15.90
10. KAU YANG ISTIMEWA (Alifah Juhaida)
Sinopsis
Demi menjaga maruah ibu bapanya dan sebuah janji, Sarah Darleena sanggup mengahwini lelaki yang begitu asing bagi dirinya walau tanpa kerelaan.
Harga Buku : RM 16.00
11. CUCUR BAWANG KOPI 'O' -
Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata.
Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia.
Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?
Harga Buku : RM 25.90
1 comment:
Buku Andai Itu Takdirnya adalah sedap gila sampai nangis2 baca. ok x paham kenapa nangis nk rasa sedap. tp recomended buku tu.
Bisik2 Gelora was ok-ok sbb awalan dia a bit mendatar aje. tp suka watak Jad Izuddin yg namanya sangat best dan ala2 garang macho gitu. hehe.
buku yg lain tu.. belom baca. hihi.
Post a Comment