Sinopsis
Kata orang, panas tak selalunya sampai ke petang. Tapi, gerimis yang mengundang kadangkala membawa seribu rahmat yang terselindung. Ketika cinta sedang mekar, seri kasih seakan pudar. Pada usia pernikahan yang masih mentah, mereka disapa dengan pelbagai dugaan. Timbul MMS yang mengharu-birukan keadaan. Sang suami suka memendam rasa dan beranggapan ianya benar. Manakala sang isteri pula sering mengasak pelbagai pertanyaan, mahukan satu penjelasan apakah salahnya hingga mengundang pada perubahan suami tercinta. Wujud konflik yang tidak terungkai. Hanya anggapan yang menjadi perantara bukan kebenaran yang pasti. Walau rindu seluas lautan, walau kasih tiada sempadan, tiada maknanya kalau hanya dipendam. Jauh untuk dimengerti rasa hati jika tidak dizahirkan. Mampukah rindu menjadi saksi pada sebuah kebahagiaan yang hakiki? Atau akan runtuhkah tembok cinta mereka yang digegar seruan kasih insan ketiga? Selamilah jiwa yang terluka milik Dian Shahira, juga ketinggian ego milik Irfan, serta keluhuran hati milik Han yang sanggup berkorban atas nama sebuah kebahagiaan. Harga Buku : RM 20.90 2. SEHARUM KASIH (AINA EMIR) Sinopsis ANEHNYA cinta, bila dua hati saling merindu pada bait kata-kata. Tanpa kenal wajah, tanpa dengar suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Bagi Reeza, hubungan ini harus dimaknakan segera. Namun, Rasya sering berdalih menyembunyikan resah. Mengapa sukar untuknya melafazkan cinta? Sedangkan bahagia sudah di depan mata? Sayang sekali... gosip dan fitnah melontarkan jauh cinta mereka. Rasya pergi dengan prasangka. Dia bertindak menerima kasih Fahmi untuk membalas sakit hati. Namun, akhirnya Fahmi melepaskan Rasya yang masih suci. Tetapi Rasya malu untuk kembali kepada lelaki sejujur Reeza. Dia sengaja menghilangkan diri agar jejaknya tidak dicari. Tetapi dunia yang luas ini tidak mampu memisahkan mereka. Pertemuan yang tidak diduga merapatkan kembali sisa cinta yang hampir padam. Tapi redhakah dia melukakan hati Hilda, tunangan Reeza? Kali ini Rasya tekad! Cinta Reeza harus direbut dan dimiliki! Harga Buku: RM 21.90 3. KAU LAKSANA BULAN (AINA EMIR) Sinopsis Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam cintanya ! Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya. Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi sepertimana yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta. Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki itu mampu mengganggu konsentrasinya. Akhir sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri, dan mula menghantui hidupnya! "Kau laksana bulan yang menyinari hidupku... dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit" Kau Laksana Bulan pastinya merupakan novel yang mendebarkan dan akan membuat anda mahu terus membaca untuk mencari jawapan kepada teka teki dalam perjalanan cerita! Harga Buku : RM 19.90 | ||
|