Sinopsis
Aku Ingin menjadi 'puteri' Nur Deane yang mampu membarisi sekalian puteri puteri yang ada. Namun itu semua hanyalah impian, dongeng zaman kanak-kanak yang entah bila mampu Puteri kecapi. Lalu kerana 'Puteri', dia senang menjadi 'Dee', bebas daripada sebarang kekeliruan dan sangkaan. Namun 'Dee' tidak bebas tatkala terlanjur, terperangkap oleh masa dan akad. Perkawinan ini satu tanggungjawab...melepaskannya jua satu tanggungjawanb yang tidak terjawab. Bertahun Dee menjadi pelarian, siapa sangka bertemu suami dalam satu periuk rezeki. Namun mampukah Dee terus bersembunyi...dan sampai bilq Puteri digantung tidak bertali....
Harga Buku: RM 28.90
2. PERMATA HATI (Ma Lee Chuswan)
Sinopsis
Permata Hati mengisahkan tentang sebuah perkahwinan yang diatur oleh keluarga. Ikhmal Hisham dipujuk oleh ayahnya, Tuan Malek supaya bersetuju disatukan dengan Ariana, anak perempuan sulung Haji Mustaffa. Haji Mustafa berhajat besar untuk bermenantukan anak lelaki rakan perniagaannya. Malangnya, Ikhmal pernah dulu terjenuh dengan Ariana dan merasakan dia tidak patut meneruskan hasrat keluarga untuk mengahwini Ariana. Pelbagai perkara terjadi...yang pasti Ikhmal Hisham akhirnya jatuh cinta juga dengan Ariana tanpa dia sedari.
3. SATU ANUGERAH (Sabariah Araur)
Sinopsis
Kesedihan dan kepedihan ini perlukah kuceritakan kepada seliruh isi alam? Rasa terkilan dan tersinggung jua perlukah ku framekan untuk kugantungkan di setiap sudut pandangan? Fahamkah mereka apa yang kurasa...pilu yang saban waktu mengepung hati dan emosi...sedang aku berusaha memupuk benih-benih harapan, kau bunuh impian itu tanpa alasan. Lalu di mana lagi harus aku mencari keredaan, kerana kesilapan hari ini telah menghancurkan seluruh impian silam....
4. BUAT YANG TERAKHIR (Sabariah Araur)
Sinopsis
Dalam dingin musim salji... tawa ria kita bagai pesta. Persahabatan di rantauan, pertemuan yang tidak dirancang, menjadikan aku serba salah mengenalimu. Sekilas pandang, kerlingan matamu menyatakan segalanya. Sahabat, dalam derai putih salji, aku cuba menikmati manisnya bulan madu kami. Namun tergamaknya kau menodaiku, isteri sahabat baikmu. Lalu bulan maduku menjadi racun. Dan zuriat ini buktinya, segalanya persis wajahmu.
Harga Buku : RM 34.90
5. TEGUH (Norhayati Ibrahim)
Sinopsis
Setelah kecewa cinta pertama, Nina cekalkan hati meneruskan hidupnya bersama ibu tersayang. Mengahwini Fikri, bekas kekasihnya bukan-lah menjadi idamannya kini tetapi apakah Nina akan terus diulit kekecewaan yang terpendam di hati? Akan bahagiakah hidupnya nanti?
Harga Buku : RM 12.90
6. NOKTAH (Norhayati Ibrahim)
Sinopsis
Lia, I tahu you benar-benar terluka dengan apa yang terjadi. Hak you untuk menyimpannya sebagai dendam. Namun i tahu, I juga punya hak untuk terus mengasihi you. Lia, ambilah masa selama mana yang you mahu untuk berfikir dan bagi menghapuskan rasa marah di hati. i percaya suatu masa nanti you akan hargai perasaan ini.
Harga Buku : RM 15.90
7. MENTAFSIR ELEGI (Robayah Mahmood)
Sinopsis
Aku sering impikan zaman kanak-kanak yang telah bertahun-tahun berlalu, usik mengusik, berkongsi hobi dan cerita, menjadikan aku ada kalanya manja padanya. Lalu kami penuhi harapan dan ipian sila menyemai benih-benih kasih dengan harapan dan impian silam jua. Aku masih menyayanginya walau antara kami telah melalui kenangan pahit. Dia tetap seorang suami yang ku letakkanya tempatnya dipuncak harapan. Lalu harus bagaimana lagi ku menjadi isteri yang baik, kalau tidak yang terbaik sekalipun!
Harga Buku: RM 29.90
8. DIARI SAYANG (Fatimah kassim)
Sinopsis
Kadangkala sepi itu indah. tapi bagi mereka sepi itu bagai api dalam sekam. Biarpun demikian, diharungi juga hidup mereka dengan tabah. Pada satu titik mereka dianugerahi segarit cahaya penyesuaian. Mereka menjangka panas hingga ke petang tanpa menduga hujan di tengah hari.
8. DIARI SAYANG (Fatimah kassim)
Sinopsis
Kadangkala sepi itu indah. tapi bagi mereka sepi itu bagai api dalam sekam. Biarpun demikian, diharungi juga hidup mereka dengan tabah. Pada satu titik mereka dianugerahi segarit cahaya penyesuaian. Mereka menjangka panas hingga ke petang tanpa menduga hujan di tengah hari.
9 comments:
sila baca dua2 buku ni. terbaik dari ladangggg!! pitam lapan belas kali membacanya.. hehehe!
susah nak cari skrg ke2 nvl nie,
ada sape2 yg jual nvl tpakai, klu ada nak beli.... buleh tak?
Siti nor: awk dh baca blm buku ni..
hai asida: nvl slmt tggal syg dah cume permata hati blm lagi... best ke cite dia.
saya rasa biasa2 aje tp aciklana ckp best giler..smpai 2 3x khatam..ha!ha!ha!..
agak2 asida, ada tak sape2 nak jual nvl tu... dah lame cari tp tak jumpe la asyik pinjam kat pustaka aje.....kalu ada buleh buat koleksi. hihihi
Saya rasa payah la sbb semua org cari buku tu..sy pun tgh cari buku LAMARAN KEDUA..x nak baca ke buku PERMATA HATI ni...
salam....diary sayang fatimah kassim ada lagi x?
macam mane pinjam ke novel diari sayang ni?
Post a Comment