Sinopsis
Nuranis Fatihah dan Nur Minzatul dibesarkan dirumah anak yatim² Ar Raudah. Puan Mariam iaitu penjaga mereka dipanggil Ibu dan hubungan mereka sangat rapat. Anis dan Min bekerja di syarikat yang sama kepunyaan Dato’ Moktar. Syarikat ini merupakan penyumbang utama dalam kebajikan rumah anak yatim Ar Raudah. Datin Kamariah iaitu isteri Dato’ Mokhtar sering membantu rumah anak yatim ini. Kebaikan dan sumbangan yang dihulurkan telah memberi tanggapan yang tidak baik terhadap Anis oleh anak bujang mereka iaitu Akmal Ikram. Ermmm Akmal sangat hensem, cute n caring. Bestnyer sape² dpt hero cam Akmal ni haha. Ha dia pun kuat menyakat.
Akmal menganggap Anis ni mengambil kesempatan atas kebaikan orang tuanya. Tahap xsuke Akmal pada Anis makin jelas bila dia 1st jejakkan kaki ke syarikat ayahnya. Dia telah menggantikan ayahnya sebagai CEO di syarikat itu. Dia sering bersikap dingin terhadap Anis dan sering mencari kesalahan Anis di pejabat. Anis ni plak memang sweet! Dia sering bersikap berani untuk membantah cakap Akmal. Ha lama2 tertarik gak Akmal ni dengan sikap Anis. Semasa Anis dan Akmal ke Kuantan atas urusan kerja, Akmal amat terkejut bile jumpe semula dengan bekas tunangnya iaitu Farah Hanim yang telah menolak cintanya kerana Hanif.
Watak Hanif: suka berpoya² dan kaki pompuan, nasiblah kau Farah. Kerana Farah yang poyo nilah Akmal takut untuk bercinta lagi. Hati Akmal kembali sakit bile Farah memujuknya untuk kembali bersama tetapi ditolak keras oleh Akmal. Hatinya menjadi sejuk bila Anis cuba menceriakannya dan Akmal kini yakin yang dia telah terpaut pada Anis. Dia sering menyakat Anis dan memberi hint tentang hatinya tapi Anis buat tak tau jer.
Ha sape sangka tup² ibubapa Akmal dan ibu Mariam nak jodohkan mereka berdua. Akmal senyum sampai ke telinga bila buah hatinya akan dimiliki. Tetapi tidak pada Anis yang tidak cintakan Akmal. Dia rasakan yang Akmal sudah ada kekasih dan tidak mahu dianggap perampas. Jodoh mereka ni memang kuat bila Anis dengan berat hati terpaksa bersetuju kerana kesiankan ibubapa Akmal yang terlalu baik. Akmal tunjukkan sayangnya pada Anis secara menyakat jadi Anis menganggap Akmal hanya bergurau dan tidak cintakannya. Akmal ni cinta separuh mati pada Anis.
Setelah mereka berkahwin, hidup mereka tak macam suami isteri kerana Anis meminta tempoh untuk dia terima Akmal. Anis masih ragu² dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Akmal apabila teringatkan Farah. Tetapi setiap tindakan Akmal yang romantic ni ader la jugak Anis ni tercuit sayang kat Akmal. Cinta tapi masih ragu². di tambah pulak dengan Farah yang sering memujuk Akmal untuk bersatu semula. Minah ni memang gedik.
Watak jahat iaitu Amran! Dia bekerja sebagai pengurus projek di syarikat Akmal. Dia ade hati pada Anis sejak Anis mula kerja di syarikat itu. Mamat ni bleh tahan orangnya. Anis memang tak suke dengan sikap ulat bulu Amran padanya. Dia menaruh dendam pada Anis bila Anis menolak cintanya dan kahwin ngan Akmal. Dia secara senyap telah menghantar surat ugutan kepada Anis tetapi anis menganggap hanya gurauan. Hubungan Anis dan Akmal bertambah baik dan cinta mereka semakin mendalam. Dugaan yang lain bila Farah telah masuk ke bilik hotel Akmal masa Anis kuar dan kantoi ngan Anis.
Tapi Akmal dapat yakinkan Anis bahawa hanya salah faham dan ianya rancangan Farah untuk rosakkan hubungan mereka. Dugaan lagi bila Amran telah hantar gambar Anis yang begitu mesra dengan Zulkifli (pengurus cawangan Kuantan) kepada Amran. Tapi tak gugat hubungan mereka. Haha padan muka Amran. Jln last ialah bila Amran culik Anis kerana takutkan rahsianya yang selewangkan syarikat terbongkar sebab menyiasat hal ni.
Farah telah ceritakan tentang rancangan Amran terhadap Anis. Amran berjaya diberkas oleh polis dan disabitkan kesalahan edar barang haram. Amik kau! Farah terima semula Hanif dlm hidupnya. Anis dan Akmal bahagia memang milik mereka. Dua² memang sweet dan Akmal tambah gembira bila akan jadi ayah. Haha best! Best
Harga Buku: RM 19.00
2. BILA HATI KATA SAYANG ( Marrisa)
Sinopsis
Dia hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang. Awal-awalnya, aku fikir hanya biasa-biasa saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan lagi sekadar biasa-biasa saja. Sudah menjadi sangat-sanggat luar biasa.
Aduhai… Kenapa dia macam syok sahaja dekat aku? Selalu buat benda-benda yang tidak aku jangkakan. Atau aku yang terlebih syok dekat dia? Kalau betul, apa yang harus aku lakukan? Minta putuskan tali pertunangan? atau aku kena lari bersama dengan si dia.
"Degil sangat ni kenapa? Nasib baik awak jauh."
"Kalau dekat kenapa?"
"Saya cium awak!"
"Encik nak ke cium saya ni. Kan saya kuli encik. Lalu ke encik cium saya?" Aku buat-buat gelak walaupun aku tak ada mood langsung nak gelak.
"Awak berani cakap macam tu sebab kita jauh. Kalau dekat nak cakap dengan awak pun susah. Betullah kata orang, bila jauh dirindu!"
"Eh! Tolong sikit. Siapa yang rindukan encik. Tak nak saya rindukan encik tu!" Cepat saja aku nafikannya.
"Betul? Betul tak rindukan saya?"
Aku diam. Tak boleh nak jawab. Sebab memang betul aku rindukan dia. RINDU GILA!
Bila Hati Kata Sayang

Harga Buku : RM 18.00
3. CANTIKNYA SI COMOT (MIAZAL ZAHRA)
Sinopsis
Pertemuan pertama Farid Ammar, seorang lelaki metroseksual, dan Rosmina, seorang gadis kebun yang comot, memberikan persepsi yang kurang menyenangkan di antara mereka.
Pertemuan demi pertemuan antara mereka telah membuat hati Ammar mekar dengan bunga-bunga cinta buat Rosmina. Malangnya di saat Rosmina ingin membalas perasaan Ammar muncul pula gadis bernama Surina. Di waktu yang sama Rosmina juga disahkan mempunyai ketumbuhan di dalam rahimnya yang membuat dia merasa dirinya tidak layak untuk mendampingi Ammar. Kehadiran Surina dan keadaan diri yang serba kekurangan membuat Rosmina nekad untuk menjauhkan diri dari Ammar.
"Tak cakap apa? Su ingat kami tak tahu apa yang Su dah buat. Kenapa busuk sangat hati Su? Su ingat kalau Mina tu tak nakkan abang, abang akan terima Su. Maaf Su, abang takkan sesekali terima Su walaupun dah tak ada perempuan lain lagi dalam dunia ni. Ingat! Kalau Su cuba dekati Rosmina dan buat cerita yang bukan-bukan lagi abang takkan teragak-agak untuk musnahkan hidup Su."
Ikutilah kesudahan kisah cinta di Cameron Highlands di antara Ammar dan Rosmina ini yang penuh dengan suka duka dan pelbagai dugaan.
Akan tetapi, bolehkah aku terus-terusan merindui dia? Bolehkah aku jatuh cinta kepadanya sedangkan aku tahu, semuanya sudah benar-benar terlambat.
Harga Buku: RM19.00
4. JAUH DARI CINTA - ADAH HAMIDAH
Sinopsis
NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.
"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"
"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."
"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"
Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.
FARISH AQIL. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.
"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."
"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."
Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!

Harga Buku : RM 21.00
5. USAI AKU TERIMA NIKAHNYA - UMIE NADZIMAH
Sinopsis
Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.
Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.
Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.
Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....
Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."
Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."
Khalif : " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."
Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya

Harga Buku : RM RM 19.00
6. AWAK SUKA SAYA TAK? - MELUR JELITA
Sinopsis
Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.
Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.
Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…
" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong
" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong
" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha

Harga Buku : RM 35.00
7. SUAMI YANG KU BENCI - E-MAN SUFI
Sinopsis
"Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya tapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai..."
Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu
Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!
Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.
"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....
"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."
"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"
"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"
"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?

Harga Buku : RM 20.00
8. SUNGGUH AKU MENGERTI - AMISHA DANIA
Sinopsis
Akanku padamkan tapak-tapak hitam yang mengekori langkahmu dengan buih-buih Kristal cintaku, moga bahagia akan menjadi milik kita selamanya.
Danisha Khalida - Siapa tidak ingin dicintai? Tapi mampukah Danisha menerima cinta dari sorang lelaki dalam keadaan dia yang tidak mempunyai apa-apa lagi? Kesuciannya telah diragut oleh bapa tirinya sendiri, apa lagi yang tinggal untuk seorang suami?
Tengku Isma Danish - Kehidupan bebas yang dijalaninya berubah sedikit demi sedikit sejak dia mengenali Danisha Khalida. Sikap Danisha yang dengan selambanya mengarahkan Danish mengimamkan solat bagi sekumpulan kecil anak-anak yatim, membuatkan dirinya malu dengan kekurangan ilmu agama dalam dirinya. Peristiwa tersebut dan kehadiran Danisha Khalida menjadi pemangkin kepada sebuah perubahan dalam hidupnya.
"Kau diamlah. Lagipun, daripada kita kena culik, baik kita yang culik encik Danish ni, betul tak encik Danish?" entah bila masa Danisha Khalida jadi berani begitu, Zakiah pun tidak tahu. Tetapi dia cukup selamba menembak encik Danish.
"Ye…betul tu Nisha. Culiklah saya. Saya rela…" bergurau pula Tengku Isma Danish. Pecah berderai ketawa mereka bertiga. Tengku Isma Danish pun tidak tahu apa kena dengan dia hari ini. Rajin pula melayan budak-budak berdua ni. Selalunya dia tidak ambil pusing dengan budak-budak muda macam Zakiah dan Danisha Khalida ni, tapi hari ini…dia teruja betul dengan telatah mereka berdua.

Harga Buku : RM 19.00